Elizabeth Hurley
Elizabeth Hurley

Elizabeth Hurley

Elizabeth Jane Hurley (lahir 10 Jun 1965) ialah seorang pelakon, model dan ahli perniagaan Inggeris. Beliau telah berkhidmat untuk Estée Lauder sejak syarikat itu memberikan tugas pemodelan untuk Hurley pada usia 29 tahun.[1] Mereka telah memaparkannya sebagai wakil dan model untuk produk mereka, terutama minyak wangi seperti Sensuous, Intuition, dan Pleasures, sejak 1995.[2] Hurley memiliki produk pakaian pantainya.[3]Sebagai pelakon, filem beliau paling terkenal ialah watak sebagai Vanessa Kensington dalam filem komedi Mike Myers, Austin Powers: International Man of Mystery (1997) dan sebagai Devil Bedazzled (2000).[4] Pada tahun 2015, Hurley berlakon dalam siri asal E! The Royals.Pada tahun 1990-an, Hurley terkenal sebagai teman wanita Hugh Grant.[5] Pada tahun 1994, ketika Grant menjadi perhatian media antarabangsa berikutan kejayaan filem Four Weddings and a Funeral,[6] Hurley menemani beliau di tayangan perdana Los Angeles dengan berpakaian Versace hitam bersama-sama pin keselamatan emas, yang sekaligus meraih perhatian media.[7]

Elizabeth Hurley

Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
  • ahli perniagaan
Pasangan Arun Nayar (k. 2007; c. 2011)
Anak Damian Hurley
Tahun aktif 1987–kini
Nama lain Liz Hurley
Warganegara British
Kelahiran Elizabeth Jane Hurley
(1965-06-10) 10 Jun 1965 (umur 54)
Basingstoke, England

Rujukan

WikiPedia: Elizabeth Hurley http://archives.cnn.com/2001/WORLD/europe/09/07/la... http://www.fashionweekdaily.com/parties/fullstory.... http://www.imdb.com/name/nm0000167/ http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p153368306 http://isni.org/isni/0000000109219031 http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/showbiz/1... http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/showbiz/1... http://women.timesonline.co.uk/tol/life_and_style/...